Social Icons

facebook email

Saturday, 9 November 2013

Written on

Mengembirakan Anak Tanggungjawab Kita

10 November 2013


Hari ini kami sekeluarga menghadiri Majlis Ihtifal PASTI Jerantut Feri dimana Badiha (anak ke 3) kami diraikan sempena kecemerlangan akademik pelajar-pelajar di PASTI ini.

Ya ALLAH betapa excited nya Badiha nak hadir majlis tu... seawal 4.30 pagi lagi beliau dah kejutkan mama dan abi untuk bersiap dan mandikannya ... takut nanti lambat ke Majlis tu....

Majlis Ihtifal PASTI ini diadakan di Dewan Terbuka Masjid Jerantut Feri. Dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Jerantut. Ramai ibubapa yang hadir bagi meraikan anak-anak mereka. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi anugerah sempena kecemerlangan para pelajar.

Syukur Badiha mendapat tempat kedua... walaupun beliau terpaksa mengambil exam sorang-sorang sebab semasa tarikh exam tu, abang wafiq nya terpaksa di operate... masalah tonsil... so badiha dan kakak pun tak hadir ke sekolah.

Tak kisah sebenarnya nombor berapa yang beliau dapat sebab yang penting adalah beliau dapat asuhan yang betul... didik agar dapat menjadi insan berakhlak mulia... di PASTI banyak yang diajar... solat, ayat al quran...hafalan dan macam2 lagi. Anak itu dilahirkan putih bersih seperti kain putih, ibubapa lah yang mewarnainya...

In Syaa Allah.. kita sebagai ibubapa akan dapat menjaga amanah yang diberikan ini dengan sebaiknya....demi bekalan disana nanti..

Kita pergi dengan meninggalkan 3 perkara sahaja :

1. Ilmu yang dimanafaatkan..amal soleh
2. Anak-anak soleh
3. Sedekah jariah

Semoga kita berjaya......!!!!


















Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT