Assalamualaikum.........
Eeeemmm .... malam ni sebelum masuk tidur ingin saya ceritakan sikit tentang Kekuatan Zikir.... Macam tazkirah la ..... pendek tapi penuh bermakna.........
ZIKIR .... Apa tu??? selalu dengarkan..tapi apa maksud sebenarnya....
Apa Pengertian zikir ??
- Dari segi bahasa zikir
bermaksud mengingati.
- Dari segi istilah zikir merupakan
mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang
dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.
- Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian
iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH
mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan
ketakwaan kepada ALLAH .
JENIS-JENIS ZIKIR
a. Zikir Qauli (disebut dengan lidah).
b. Zikir Fe’li (amalan
lahir) d
c.Zikir Qalbi (iaitu zikir di hati).
Zikir Qauli...
Zikir qauli ialah
apa yang disebut dengan lidah berulang-ulang kali seperti nama-nama Tuhan,
istighfar, selawat, ayat-ayat Al Quran dan sebagainya. Zikir qauli ini bertujuan
untuk membantu hati dalam mengingati ALLAH Zikir qauli yang
tidak difahami dan tidak membawa apa-apa rasa di hati tidak ada makna apa-apa
dan tidak ada pahalanya. Kecualilah kalau zikir itu ayat-ayat Quran dan selawat.
Kalaupun tidak difahami dan tidak membawa rasa-rasa di hati, bacaan ayat-ayat
Quran dan selawat tetap akan diberi pahala. Zikir-zikir yang lain, kalau tidak
difahami dan kalau tidak membawa rasa-rasa di hati, bukan sahaja tidak dapat
apa-apa pahala tetapi tidak juga dapat mendidik hati.
Tapi harus diingat, nilai zikir
qauli bukan terletak kepada jumlahnya tetapi kepada kefahaman dan kesannya
kepada hati.
Zikir
Fe’li...
Zikir fe’li pula
ialah segala ibadah lahir sama ada yang sunat mahupun yang wajib atau fardhu.
Ini termasuklah solat, puasa, zakat, haji, sedekah, menolong orang dan
sebagainya.
Zikir fe’li ini
juga kalau tidak memberi kesan kepada hati, tidak juga ada apa-apa makna. Kalau
solat tidak menghidupkan rasa khusyuk iaitu rasa bertuhan dan rasa kehambaan,
solat itu tidak ada apa-apa makna. Sampai bila pun kita tidak akan jadi baik.
Ini kerana rasa bertuhan itu boleh menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan rasa
kehambaan itu boleh membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati
kita.
Zikir Qalbi...
Zikir qalbi atau
zikir hati itu ialah segala ibadah rohaniah yang melibatkan akal dan hati. Ini
termasuklah mendidik hati supaya mengenal Tuhan sehingga menjadi orang yang
arifbillah (orang yang mengenal Allah dengan hatinya). Kemudian menjadi orang
yang cinta kepada ALLAH. Orang yang kenal
Allah itu pasti akan jatuh cinta pada-Nya kerana ALLAH itu Maha Baik dan
Maha Sempurna sifat-Nya. Selepas itu menjadi orang yang takut kepada
ALLAH iaitu takut
tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya. Kemudian pula menjadi
orang yang kuat rasa bertuhan. Rasa hebat, gerun, tawakal, bergantung harap
kepada ALLAH. Merasakan
ALLAH sentiasa melihat,
mengetahui serta mengawasi.
Ibadah rohaniah
juga termasuk mujahadah melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi), muhasabah
diri, memperbaiki diri melalui takhalli (membuang sifat-sifat mazmumah dari
hati) dan tahalli (menghiasi hati dengan segala sifat-sifat mahmudah). Juga
melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH dalam semua
ciptaan dan perbuatannya.
Yang penting dalam berzikir bukan sebanyak
mana zikir yang boleh kita sebut atau sebanyak mana amalan atau ibadah lahir
yang boleh kita lakukan tetapi adalah setakat mana hati, jiwa dan roh kita boleh
terkesan dan terdidik. Itulah yang boleh membawa kita kepada
taqwa.
Firman ALLAH SWT:
Maksudnya: “Di hari harta dan
anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang datang kepada Allah dengan hati
yang selamat sejahtera.” (Asy Syuara: 88- 89)
Firman ALLAH SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa
yang membersihkan hatinya (roh, jiwa, nafsunya) dan kecewalah sesiapa yang
mengotori hatinya.” (Asy Syam: 9-10)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bahawasanya Allah tidak memandang akan lahir
(rupa dan harta) kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu"
Zikir memiliki pengaruh yang kuat
terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir
akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang
serba positif
Ada orang yang
bertanya,''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak
tenang.'' .... Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar.
Macam mana nak tenang hati tak diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi masih
ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir
tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau
perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini.
Macam mana ada pencerahan tak???...... panjang lebar pengertian zikir.... next time kita tengok pulak apa keutamaan zikir....
***** Alhamdulillah dalam group kami, selalu diingatkan agar sentiasa mengingati NYA...
- istighfar, selawat, Ya Wahhab dan banyak lagi....
**** Tenang hidup dengan mengingati ALLAH.. dimana jua....walaupun sibuk dengan kerja...
** Sumber rujukan :