Social Icons

facebook email

Thursday, 19 September 2013

Written on

SUNNAH dalam BERSAHABAT

 
 
 
SUNNAH dalam BERSAHABAT
 
 
Kita sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan NYA...Lumrah kehidupan juga
ada menyatakan bahawa tidak ada manusia yang lahir tersendiri, sebagai manusia
kita tidak akan mampu untuk hidup dengan sendirinya . Sifat saling perlu memerlukan
antara satu sama lain adalah menjadi keutamaan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini......
 
 
Firman Allah swt yang bermaksud :
 
 
Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya ALLAH
MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MEnGENAL"   (Surah Al hujurat :13)
 
 
 
Menurut Imam Al Ghazali (Kitab Hidayatul Salikin) :
 
"Jika seseorang itu ingin memilih seseorang yang lain untuk dijadikan
sahabatnya maka pilihlah dengan 5 syarat iaitu ":
 
1. Orang yang Berakal
2. Cantik Peribadi & Akhlaknya
3. Orang Yang Soleh
4. Tidak Berkawan Dengan Orang Yang  Terlalu Cintakan Dunia
5. Orang Yang Benar Percakapannya
 
 
 
 
Manakala Al Qamah pula berpesan kepada anaknya :
 
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
 
** Pilih sahabat yang suka melindungi sahabatnya
 
**Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik @ bantuan mu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu. dia juga suka melihat kebaikan yang ada pada dirimu
 
** Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik mu @ bantuan, ia suka menerimanya...keburukan dirimu ia menutupinya
 
** Pilih sahabat yang jukalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, dia yang mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
 
** Pilih sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan, dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan persoalan berat dia suka mengusahakanya dan dia suka mengalah jika berselisih dengannya
 
** Oleh itu dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik
 
 
Mari kita hayati pula macam mana Nabi Junjungan Kita bersahabat, untuk kita jadikan panduan..... 
 
 
CARA RASULULLAH SAW BERSAHABAT :
 
> Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
> Apabila berpisah dengan seseorang Baginda mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya
> Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
> Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
> Amalan ziarah menziarahi
> Memberi hadiah
> Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
 
 
 
Rasulullah S.A.W bersabda :
 
"Diumpamakan sahabat  yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak Wangi dan tukang besi. Penjual minyak Wangi tidak akan mensia-siakan kamu, sama ada kamu membeli minyak Wangi tersebut @ hanya mencium bau harumannya sahaja. Manakala tukang besi pula boleh memyebabkan rumah kamu @ baju kamu terbakar atau kamu mendapat bau busuk daripadanya" (Riwayat Al Bukhari dari Abu Musa Al Asy'ari)
 
 
 
SAHABAT ADALAH CERMINAN DIRI KITA
 
hARGailAH Sahabat kerana MEREKA Adalah CermiNAN Diri KIta..Tanpa MEREka, kita TIDak Akan TAhu BURuk & BaiK Diri SenDIRI 
 
 

 

 
 

*********************************************************
 
 
 
Kami BERSYUKUR kerana telah berada didalam group yang boleh dianggap sebagai sahabat... walau pada mulanya ia hanya sekadar kenalan biasa-biasa... tetapi setelah merasai sendiri kebaikan group kami ini.... memang luar biasa... saling ingat mengingati, diajar menciptakan hubungan yang erat dengan MAHA PENCIPTA, saling menghormati, bantu membantu...ni pun best, sebab dalam terdesak nak dapat sesuatu info... pasti ada antara ahli yang membantu.. on the spot pulak tu... kerja-kerja berbisnes pun lebih mudah... banyak lagi... tapi dah penat menulis...
 
Anda juga boleh merasainya seperti apa yang telah kami rasai....
 
 
KITA PERLU BERSIKAP PEKA DALAM MENCARI SAHABAT TANPA MENINGGALKAN NILAI-NILAI ISLAM...  
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami doakan mereka yang membaca perkongsian ini akan sihat sejahtera dan diberi kelapangan dalam hidupnya... insyaALLAH
 
** Jika anda rasaperkongsian ini menarik @ boleh digunapakai sebagai panduan... sila lah tekan LIKE.... TQ
 
 
 
 
Ingin bersama kami :
 
 
 
 
Hubungi/Whatsapp/SMS
 
 
019 985 9427
AtiqZue
 
 
 
 
 
Sumber : Saudara Amiro Safwan (Penyunting Al Quran Kump. Karangkraf)
 


Share This:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT