Social Icons

facebook email

Saturday, 21 September 2013

Written on

BERITA PENTING!!!

Telah lama berkahwin namun tiada zuriat??
Anda kerugian besar jika tidak membacanya.... Apa yang hebat sangat??

**********************************************...
 Telah terbukti kehebatannya..........
 
Dapatkan ......Set kesuburan Shaklee



Untuk wanita mengandungi :
vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex,


 Untuk lelaki mengandungi :
Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex + CoQ Health
 
 


 


 VITA LEA : adalah Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekatan ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex : penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C : untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa : untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.


Zinc : berfungsi supaya sperma lebih kualiti iaitu membentuk kepala sperma lebih tajam supaya dapat melepasi dinding ovum. Vita e membantu menghasilkan dan menambahkan kuantiti sperma. Zinc & vit e perlu untuk pasangan yang susah mendapat zuriat.

Produk terbaru CoQ Health: boleh membantu kualiti dan kuantiti sperma dan juga kesihatan ovum

BAGAIMANA GLA & ZINC MEMBANTU ANDA UNTUK CEPAT HAMIL?
 


GLA Complex membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya ialah memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna seperti putih telur. Dalam sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair seperti itu, iaitu yang menunjukkan seorang wanita sedang berada dalam waktu subur. Namun, tidak semua orang mendapatkannya. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tidak bersama pada hari subur pun masih ada peluang untuk hamil sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Zinc membantu menghasilkan sperma berkualiti yang boleh bertahan hingga 3 hari di dalam tubuh wanita, dan ia juga membantu penghasilan sperma yang banyak dan sperma yang normal (tidak cacat). Sperma yang berkualiti adalah sperma yang seimbang antara kepala dan ekornya. Lagi banyak sperma berkualiti yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma.

 
 
Testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee (dengan izin-Nya) :

 
Puan Marimar Er telah berjaya hamil setelah 2 bulan konsisten dengan Set Kesuburan Shaklee.

“Hi Dearies,

Saja nak share testimoni kt sini… Saya berkahwin hampir setahun…. saya mula ambil produk shaklee untuk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex untuk period saya…. sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel… kadang2 atas urusan kerja… kadang2 jalan2 je… Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..
Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin… terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi… April lepas…saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex… untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki…
 

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat… tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2… saya rasa pelik.. pagi tadi… sebelum mandi… saya terdetik untuk cuba buat upt… memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu… saya biarkan je.. dan pergi mandi…. lepas dh siap mandi… saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sebab ‘positive’ saya terus kejutkn suami saya…die sangat teruja..tak tau nak cakap apa…sampai je di tempat kerja..saya recheck,but still same ‘positive’…. Then saya ke gyne doktor utk scan.. alhamdulillah… janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya…
Alhamdulillah sekali lagi…. saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri… kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya… lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha…”

(Kredit Pn Marimar Er)



Nak Berjaya mendapatkan zuriat sendiri dengan MUDAH,BErkesan Dan Mesra Bajet???
 
 
100% semulajadi....tiada bahan kimia....mesra alam

 
 
 
Dapatkan SEGERA !!!!
 


 Siti 
 019 985 9427
ID : 965 319
 
 
 



Read More

Thursday, 19 September 2013

Written on

SUNNAH dalam BERSAHABAT

 
 
 
SUNNAH dalam BERSAHABAT
 
 
Kita sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan NYA...Lumrah kehidupan juga
ada menyatakan bahawa tidak ada manusia yang lahir tersendiri, sebagai manusia
kita tidak akan mampu untuk hidup dengan sendirinya . Sifat saling perlu memerlukan
antara satu sama lain adalah menjadi keutamaan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini......
 
 
Firman Allah swt yang bermaksud :
 
 
Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya ALLAH
MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MEnGENAL"   (Surah Al hujurat :13)
 
 
 
Menurut Imam Al Ghazali (Kitab Hidayatul Salikin) :
 
"Jika seseorang itu ingin memilih seseorang yang lain untuk dijadikan
sahabatnya maka pilihlah dengan 5 syarat iaitu ":
 
1. Orang yang Berakal
2. Cantik Peribadi & Akhlaknya
3. Orang Yang Soleh
4. Tidak Berkawan Dengan Orang Yang  Terlalu Cintakan Dunia
5. Orang Yang Benar Percakapannya
 
 
 
 
Manakala Al Qamah pula berpesan kepada anaknya :
 
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
 
** Pilih sahabat yang suka melindungi sahabatnya
 
**Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik @ bantuan mu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu. dia juga suka melihat kebaikan yang ada pada dirimu
 
** Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik mu @ bantuan, ia suka menerimanya...keburukan dirimu ia menutupinya
 
** Pilih sahabat yang jukalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, dia yang mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
 
** Pilih sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan, dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan persoalan berat dia suka mengusahakanya dan dia suka mengalah jika berselisih dengannya
 
** Oleh itu dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik
 
 
Mari kita hayati pula macam mana Nabi Junjungan Kita bersahabat, untuk kita jadikan panduan..... 
 
 
CARA RASULULLAH SAW BERSAHABAT :
 
> Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
> Apabila berpisah dengan seseorang Baginda mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya
> Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
> Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
> Amalan ziarah menziarahi
> Memberi hadiah
> Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
 
 
 
Rasulullah S.A.W bersabda :
 
"Diumpamakan sahabat  yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak Wangi dan tukang besi. Penjual minyak Wangi tidak akan mensia-siakan kamu, sama ada kamu membeli minyak Wangi tersebut @ hanya mencium bau harumannya sahaja. Manakala tukang besi pula boleh memyebabkan rumah kamu @ baju kamu terbakar atau kamu mendapat bau busuk daripadanya" (Riwayat Al Bukhari dari Abu Musa Al Asy'ari)
 
 
 
SAHABAT ADALAH CERMINAN DIRI KITA
 
hARGailAH Sahabat kerana MEREKA Adalah CermiNAN Diri KIta..Tanpa MEREka, kita TIDak Akan TAhu BURuk & BaiK Diri SenDIRI 
 
 

 

 
 

*********************************************************
 
 
 
Kami BERSYUKUR kerana telah berada didalam group yang boleh dianggap sebagai sahabat... walau pada mulanya ia hanya sekadar kenalan biasa-biasa... tetapi setelah merasai sendiri kebaikan group kami ini.... memang luar biasa... saling ingat mengingati, diajar menciptakan hubungan yang erat dengan MAHA PENCIPTA, saling menghormati, bantu membantu...ni pun best, sebab dalam terdesak nak dapat sesuatu info... pasti ada antara ahli yang membantu.. on the spot pulak tu... kerja-kerja berbisnes pun lebih mudah... banyak lagi... tapi dah penat menulis...
 
Anda juga boleh merasainya seperti apa yang telah kami rasai....
 
 
KITA PERLU BERSIKAP PEKA DALAM MENCARI SAHABAT TANPA MENINGGALKAN NILAI-NILAI ISLAM...  
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami doakan mereka yang membaca perkongsian ini akan sihat sejahtera dan diberi kelapangan dalam hidupnya... insyaALLAH
 
** Jika anda rasaperkongsian ini menarik @ boleh digunapakai sebagai panduan... sila lah tekan LIKE.... TQ
 
 
 
 
Ingin bersama kami :
 
 
 
 
Hubungi/Whatsapp/SMS
 
 
019 985 9427
AtiqZue
 
 
 
 
 
Sumber : Saudara Amiro Safwan (Penyunting Al Quran Kump. Karangkraf)
 


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT