Social Icons

facebook email

Sunday, 5 January 2014

Written on

KHASIAT SEBIJI TELUR

Assalamualaikum... lama sangat tak online... sejak2 dilanda banjir , baru hari nie dapat menulis kembali..

TELUR???

Rasanya semua orang pernah makan telurkan... ada yang menyukainya... dan ada jugak yang takut nak makan telur ni.. betul kan??

Sebab ramai mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adalah benar fakta ni??

Hari ni ingin saya kongsikan tentang khasiat telur, yang saya ada terbaca di majalah tempatan.

TAHUKAH KITA DALAM SEBIJI TELUR MENGANDUNGI APA ??





0.7 mg zink
1.2 mg besi
5.5 mg magnesium
16 mg inositol
27 mg kalsium
76 mg pottasium
253 mg choline
100 mg fosforus
590 unit vitamin A

***  Sebiji telur terdiri daripada lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur & 60% albumin (mengikut berat telur tersebut)





*** Putih Telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak. Ia juga mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi kaya dengan sumber protein dan Vitamin A.

MANAKALA bahagian kuning telur pula ia merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau 8% daripada keperluan seharian.


*** Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza kecuali dari segi kandungan kolesterol telur itik yang lebih tinggi.




Telur puyuh.. pun dikatakan tinggi tahap kolesterolnya




*** Telur ayam kampung dikatakan boleh dijadikan penawar @ ubat tradisional dalam merawat pelbagai penyakit. Permintaannya juga sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan ayam tersebut yang asli dan organik iaitu bebas daripada bahan kimia jika dibandingkan dengan ayam bandar.





Saiz telur ayam kampung lebih kecil berbanding  telur ayam bandar...




Tapi ini yang paling sedap.. nasi panas2 dimakan bersama telur goreng dan kicap manis... wah lazatnya
Ramai yang menyukainyakan.....




Ini lagi satu yang sedap... telur masak separuh.. makan dengan kicap & lada sulah
Dulu2 masa kecik, sebelum ke sekolah wajib la makan sebiji seorang...


Tempek je kat muka.. kulit muka jadi licin.. gebu.. mulus lagi tu


HA aha ... cer baca apa kata pakar tentang telur nie .. kan dah cakap banyak khasiatnya telur nie..


Diantara khasiat TELUR :

1. Menghilangkan Jerawat
2. Menjaga Kesihatan mata
3. Lebih banyak mineral
4. Menjaga berat badan agar tetap sihat
5. Telur boleh menghilangkan kelumumur
6. Membantu kesihatan rambut dan kuku
7.Membantu dalam kehamilan


Banyak lagi khasiat telur ni, hanya kita je yang tak tahu... mungkin tak cari kot ilmu pasal telur ni...

Jom kita cuba amalkan pelbagai petua untuk kesihatan hanya dengan sebiji telur... mudah kan...

Selamat malam.. jumpa lagi...


****************************************************

Oh ya, jangan lupa bulan ni (Jan 2014).. promosi alfalfa (Large & Small) .. banyak manafaatnya.. berminat untuk menikmatinya, hubungi saya ya .. dengan harga yang cukup istimewa...









Ingin menjana pendapatan 4, 5 angka...??
Inginkan kesihatan yang lebih baik... 
Jom Bersama Saya Dan Team yang Hebat ... InsyaALLAH


Hubungi :
sms/call/whatsapp

<SITI ZUBAIDAH>
019 985 9427
ID : 965319




Read More

Sunday, 24 November 2013

Written on

MAKANAN SIHAT JANA TENAGA

Wanita banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti dirumah, ditempat kerja dan sibuk dalam pengurusan rumahtangga serta anak-anak.Setiap detik wanita mahu memastikan tubuh sentiasa sihat dan bertenaga supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan lancar.... itulah diari seorang ibu...

Pemilihan makanan penting untuk menambah tenaga supaya sentiasa sihat. Diantara panduan makanan adalah seperti berikut :





1. BIJIRIN PENUH



Membantu mencegah masalah pencernaan. Sumber seperti beras perang, emping bran, roti gandum atau barli oat. Boleh tambah apa sahaja buah untuk lebih berperisa....



2. VITAMIN C


Buah seperti sitrus, cili merah, strawberi, cili hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli antara yang tersenarai dalam kelompok sayur dan antioksida. Perlu diambil sekurang-kurangnya dua hingga tiga hidangan sebagai rutin harian untuk mendapatkan diet yang berkesan. Dianggarkan badan kita memerlukan 75miligram Vitamin C setiap hari.



3. MAKANAN TINGGI FOLAT




Boleh didapati dalam asparagus, oren dan kekacang. Ia penting untuk wanita hamil dan ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Perlu diambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari.


4. AIR

Air penting untuk proses metabolisme dalam badan, selain membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan kesihatan kulit. Amalkan minum air antara 8 - 10 gelas sehari untuk kesegaran badan. Jumlah sebenar keperluan individu dalah bergantung kepada berat badan, iaitu Berat badan dibahagikan dengan 25 untuk mendapatkan jumlah liter air yang diperlukan badan.

Contoh : Berat badan 60kg

60
______________  = 2.4 liter
25



5. SAYURAN HIJAU


Sayuran hijau mengandungi nutrisi dan serat untuk badan. Perlu dapatkan tiga hidangan setiap hari. Sayur pahit lebih berkhasiat.


6. JUS KRANBERI


Jus ini agak masam, tetapi ia membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing dan mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan juga membuktikan kranberi boleh mengekalkan kesihatan jantung.




VITAMIN SHAKLEE









Dapatkan dengan harga bajet dan berbaloi-baloi.........



Hubungi  :

SITI ZUBAIDAH
019 985 9427







Read More

Saturday, 23 November 2013

Written on

RAWATAN ATASI TANDA PENUAAN

PUNCA  PENUAAN


Toksin, pencemaran alam sekitar, tekanan dan sinar ultra ungu (UV) antara penyebab pengumpulan radikal bebas dalam kulit yang boleh mempercepatkan kemunculan tanda penuaan.

Keadaan itu antara ancaman kepada kulit dan bagi memastikan kesan penuaan tidak berlaku dengan pantas, anda boleh mengamalkan rutin penjagaan kecantikan menerusi pemakaian produk bersesuaian dengan kulit.




MEMBANTU REMAJAKAN KULIT


Avokado   kaya dengan vitamin B  untuk mendapatkan kulit licin, sihat, membantu mencegah kerengsaan dan bengkak kulit.



Badam membantu mengekalkan membran sel dan boleh membantu mencegah toksid dalam badan


 


Mangga  mengandungi lebih 80 % daripada vitamin A yang kita perlu makan sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas dan kulit berkedut.









SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE






or











OR













Hubungi :

SITI ZUBAIDAH
019 985 9427
ID : 965319







Read More
Written on

KELEBIHAN BERZIKIR



(1) Dengan zikir akan mengusir syaitan.

(2) Zikir mudah mendatangkan redhaAr Rahman.

(3) Zikir dapat menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana.

(4) Zikir membuat hati menjadi gembira dan lapang.

(5) Zikir menguatkan hati dan badan.

(6) Zikir menerangi hati dan wajah pun menjadi bersinar.

(7) Zikir mudah mendatangkan rezeki.

(8) Zikir membuat orang yang berzikir akan merasakan manisnya iman dan keceriaan.

(9) Zikir akan mendatangkan cinta Ar Rahman yang merupakan ruh Islam.

(10) Zikir akan mendekatkan diri seseorang pada Allah sehingga memasukkannya pada golongan orang yang berbuat ihsan iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihatnya.

(11) Zikir akan mendatangkan inabah, iaitu kembali pada Allah ‘azza wa jalla. Semakin seseorang kembali pada Allah dengan banyak berzikir pada-Nya, maka hatinya pun akan kembali pada Allah dalam setiap keadaan.

(12) Dengan berzikir, seseorang akan semakin dekat pada Allah sesuai dengan kadar zikirnya pada Allah ‘azza wa jalla. Semakin ia lalai dari zikir, ia pun akan semakin jauh dari-Nya.

(13) Zikir akan semakin menambah ma’rifah (pengenalan pada Allah). Semakin banyak zikir, semakin bertambah ma’rifah seseorang pada Allah.

(14) Zikir mendatangkan rasa takut pada Rabb ‘azza wa jalla dan semakin menundukkan diri pada-Nya. Sedangkan orang yang lalai dari zikir akan semakin terhalangi dari rasa takut pada Allah.

(15) Zikir akan mudah meraih apa yang Allah sebut dalam ayat,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

Ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.” (QS. Al Baqarah: 152). Ibnul Qayyim mengatakan, “Seandainya tidak ada keutamaan zikir selain yang disebutkan dalam ayat ini, maka sudahlah cukup keutamaan yang disebut.”

(16) Dengan Zikir, hati akan semakin hidup. Ibnul Qayyim pernah mendengar gurunya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,

الذكر للقلب مثل الماء للسمك فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء ؟

Zikir pada hati semisal air yang dibutuhkan ikan. Lihatlah apa yang terjadi jika ikan tersebut lepas dari air?”

(17) Hati dan ruh semakin kuat dengan zikir. Jika seseorang melupakan zikir maka kondisinya sebagaimana badan yang hilang kekuatan. Ibnul Qayyim rahimahullah menceritakan bahawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sesekali pernah solat subuh dan beliau duduk berzikir pada Allah Ta’ala sampai ke siang. Setelah itu beliau berpaling padaku dan berkata, ‘Ini adalah kebiasaanku di pagi hari. Jika aku tidak berzikir seperti ini, hilanglah kekuatanku’ –atau perkataan beliau yang semisal ini-.

(18) Zikir menjadikan hati semakin kilap yang sebelumnya berkarat. Karatnya hati disebabkan lalai dari dzikir pada Allah. Sedangkan kilapnya hati adalah dengan dzikir, taubat dan istighfar.

(19) Zikir akan menghapus dosa kerana zikir adalah kebaikan terbesar dan kebaikan akan menghapus kejelekan.

(20) Zikir  pada Allah dapat menghilangkan kerisauan.

(21) Ketika seorang hamba rajin mengingat Allah (berZikir), maka Allah akan mengingat dirinya di saat ia susah.

(22) Jika seseorang mengenal Allah -dengan zikir- dalam keadaan lapang, Allah akan mengenalnya dalam keadaan sempit.

(23) Zikir akan menyelematkan seseorang dari azab neraka.

(24) Zikir menyebabkan turunnya sakinah (ketenangan), naungan rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat.

(25) Zikir menyebabkan lisan semakin sibuk sehingga terhindar dari ghibah (menggunjing), namimah (adu domba), dusta, perbuatan keji dan batil.

(26) Majlis Zikir adalah majlis para malaikat dan majlis orang yang lalai dari zikir adalah majlis syaitan.

(27) Orang yang berzikir begitu bahagia, begitu pula ia akan membahagiakan orang-orang di sekitarnya.

(28) Zikir akan memberikan rasa aman bagi seorang hamba dari kerugian di hari kiamat.

(29) Kerana tangisan orang yang berzikir, Allah akan memberikan naungan ‘Arsy padanya di hari kiamat yang amat panas.

(30) Sibuknya seseorang pada zikir adalah sebab Allah memberi untuknya lebih dari yang diberikan pada peminta-minta.

(31) Zikir adalah ibadah yang paling ringan, namun ibadah tersebut amat mulia.

(32) Zikir adalah tanaman surga.

(33) Pemberian dan keutamaan yang diberikan pada orang yang berzikir tidak diberikan pada amalan lainnya.

(34) Sentiasa berzikir pada Allah menyebabkan seseorang tidak mungkin melupakan-Nya. Orang yang melupakan Allah adalah sebab sengsara dirinya dalam kehidupannya dan di hari ia dikembalikan. Seseorang yang melupakan Allah menyebabkan ia melupakan dirinya dan maslahat untuk dirinya. Allah Ta’ala berfirman,

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka Itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hasyr: 19)

(35) Zikir adalah cahaya bagi pemiliknya di dunia, kubur, dan hari berbangkit.

(36) Zikir adalah ro’sul umuur (inti segala perkara). Siapa yang dibukakan kemudahan zikir, maka ia akan memperoleh berbagai kebaikan. Siapa yang luput dari pintu ini, maka luputlah ia dari berbagai kebaikan.

(37) Zikir akan memperingatkan hati yang tertidur lelap (yang lalai). Hati akan jadi sedar dengan zikir.

(38) Orang yang berzikir akan semakin dekat dengan Allah dan bersama dengan-Nya. Kebersamaan di sini adalah dengan kebersamaan yang khusus, bukan hanya sekadar Allah itu bersama dalam erti mengetahui atau meliputi hamba-Nya. Namun kebersamaan ini menjadikan lebih dekat, mendapatkan perwalian, cinta, pertolongan dan taufik Allah. Kebersamaan yang dimaksudkan sebagaimana firman Allah Ta’ala,

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. An Nahl: 128)

وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah: 249)

وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al ‘Ankabut: 69)

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” (QS. At Taubah: 40)

(39) Dzikir dapat menyamai seseorang yang memerdekakan budak, menafkahkan harta, juga dapat menyamai seseorang yang menunggang kuda dan berperang dengan pedang (dalam rangka berjihad) di jalan Allah.

Sebagaimana terdapat dalam hadits,

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ . فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ

Barangsiapa yang mengucapkan ‘Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku, wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syain qodiir dalam sehari sebanyak 100 kali, maka itu seperti memerdekakan 10 budak.[1]

Ibnu Mas’ud mengatakan, “Sungguh aku banyak bertasbih pada Allah Ta’ala (mengucapkan subhanallah) lebih aku sukai dari beberapa dinar yang aku infakkan fii sabilillah (di jalan Allah).”

(40) Dzikir adalah inti dari bersyukur. Tidaklah dikatakan bersyukur pada Allah Ta’ala orang yang enggan berdzikir. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada Mu’adz,

« يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ ». فَقَالَ « أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ »

Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku mencintaimu. Demi Allah, aku mencintaimu.” Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku menasehatkan kepadamu –wahai Mu’adz-, janganlah engkau tinggalkan di setiap akhir shalat bacaan ‘Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah tolonglah aku untuk berdzikir dan bersyukur serta beribadah yang baik pada-Mu).[2] Dalam hadits ini digabungkan antara dzikir dan syukur. Begitu pula Allah Ta’ala menggabungkan antara keduanya dalam firman Allah Ta’ala,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152). Hal ini menunjukkan bahwa penggabungan zikir dan syukur merupakan jalan untuk meraih bahagia dan keberuntungan.

(41) Makhluk yang paling mulia adalah yang bertakwa yang lisannya selalu basah dengan dzikir pada Allah. Orang seperti inilah yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Ia pun menjadikan dzikir sebagai syi’arnya.

(42) Hati itu ada yang keras. Kerasnya hati dapat dilembut dengan berzikir pada Allah. Oleh  itu, siapa yang ingin sembuh dari hati yang keras, maka perbanyaklah  zikir pada Allah.

Ada yang berkata kepada Al Hasan, “Wahai Abu Sa’id, aku mengadukan padamu akan kerasnya hatiku.” Al Hasan berkata, “Lembutkanlah dengan dzikir pada Allah.”

Ketika hati semakin lalai, semakin keras hati tersebut. Jika seseorang berdzikir pada Allah, lelehlah kekerasan hati sebagaimana timah itu dapat meleleh dengan api. Kerasnya hati akan meleleh semisal itu, yaitu dengan dzikir pada Allah.

(43) Zikir adalah ubat hati sedangkan lalai dari zikir adalah penyakit hati.

Mak-huul, seorang tabi’in, berkata, “Dzikir kepada Allah adalah obat (bagi hati). Sedangkan sibuk membicarakan (‘aib) manusia, itu adalah penyakit.”

(44) Tidak ada sesuatu yang membuat seseorang mudah meraih nikmat Allah dan selamat dari murka-Nya selain dzikir pada Allah. Jadi dzikir adalah sebab datangnya nikmat dan tertolaknya murka Allah. Allah Ta’ala berfirman,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7). Dzikir adalah inti syukur sebagaimana telah disinggung sebelumnya. Sedangkan syukur akan mendatangkan nikmat dan semakin bersyukur akan membuat nikmat semakin bertambah.

(45) zikir menyebabkan datangnya shalawat Allah dan dari malaikat bagi orang yang berzikir. Dan siapa saja yang mendapat shalawat (pujian) Allah dan malaikat, sungguh ia telah mendapatkan keuntungan yang besar. Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (QS. Al Ahzab: 41-43)

(46) Zikir kepada Allah adalah pertolongan besar agar seseorang mudah melakukan ketaatan. Karena Allah-lah yang menjadikan hamba mencintai amalan taat tersebut, Dia-lah yang memudahkannya dan menjadikan terasa nikmat melakukannya. Begitu pula Allah yang menjadikan amalan tersebut sebagai penyejuk mata, terasa nikmat dan ada rasa gembira. Orang yang rajin berzikir tidak akan mendapati kesulitan dan rasa berat ketika melakukan amalan taat tersebut, berbeza halnya dengan orang yang lalai dari zikir. Demikianlah banyak bukti yang menjadi saksi akan hal ini.

(47) Zikir pada Allah akan menjadikan kesulitan itu menjadi mudah, suatu yang terasa jadi beban berat akan menjadi ringan, kesulitan pun akan mendapatkan jalan keluar. Dzikir pada Allah benar-benar mendatangkan kelapangan setelah sebelumnya tertimpa kesulitan.

(48) Zikir pada Allah akan menghilangkan rasa takut yang ada pada jiwa dan ketenangan akan mudah diraih. Sedangkan orang yang lalai dari dzikir akan selalu merasa takut dan tidak pernah merasakan rasa aman.

(49) Zikir akan memberikan seseorang kekuatan sampai-sampai ia bisa melakukan hal yang menakjubkan. Contohnya adalah Ibnu Taimiyah yang sangat menakjubkan dalam perkataan, tulisannya, dan kekuatannya. Tulisan Ibnu Taimiyah yang ia susun sehari sama halnya dengan seseorang yang menulis dengan menyalin tulisan selama seminggu atau lebih. Begitu pula di medan peperangan, beliau terkenal sangat kuat. Inilah suatu hal yang menakjubkan dari orang yang rajin berdzikir.

(50) Orang yang sentiasa berzikir di jalan, di rumah, di lahan yang hijau, ketika safar, atau di berbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat. Kerana tempat-tempat tadi, semisal gunung dan tanah, akan menjadi saksi baginya di hari kiamat. Kita dapat melihat hal ini pada firman Allah Ta’ala,

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5)

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.” (QS. Az Zalzalah: 1-5)

(51) Jika seseorang menyibukkan diri dengan zikir, maka ia akan terlalaikan dari perkataan yang batil seperti ghibah (menggunjing), namimah (mengadu domba), perkataan sia-sia, memuji-muji manusia (secara berlebihan), dan mencela manusia. Kerana lisan sama sekali tidak bisa diam. Lisan boleh jadi adalah lisan yang rajin berdzikir dan boleh jadi adalah lisan yang lalai. Kondisi lisan adalah salah satu di antara dua kondisi tersebut. Ingatlah bahwa jiwa jika tidak tersibukkan dengan kebenaran, maka pasti akan tersibukkan dengan hal yang sia-sia.[3]




Kredit To :


Penyusun: Muhammad Abduh Tuasikal



Artikel www.muslim.or.id

Dari artikel '51 Keutamaan Dzikir — Muslim.Or.Id'


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT