Social Icons

facebook email

Tuesday 23 June 2015

Written on

KULIT CANTIK.... SEGAR...

Vitamin untuk kulit cantik


Sebelum ini..ada pembaca yang memberi komen untuk mengetahui lebih dalam tentang Vitamin C dan kaitannya dengan kulit...

Jadi hari ini saya berminat ingin menulis bukan sekadar Vitamin C,tetapi vitamin2 yang berkaitan dalam penjagaan kulit...

Dan apabila menyentuh tentang penjagaan kesihatan kulit,saya pasti semua wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik....dan tidak semua dari kita dikurniakan kulit yang semulajadi cantik dan mulus.Maka yang demikian,penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur tidak boleh diabaikan. Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.Dan sudah semestinya kulit kita perlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.

Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya....*pengambilan soya protein yg konsisten-amalan bagus untuk awet muda* Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. Dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.
Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.Jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C,kita perlu makan banyak buah dan sayuran. Vitamin C bukan shaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? 

Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Vitamin C juga merupakan anti oksida penting untuk menangani radikal bebas.Sekarang ini,anti oksida dianggap penawar paling popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Tapi tahukah kita apakah anti oksida?.Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. .

Saya bukannya semulajadi memiliki kulit yang mulus,maka sudah tentu saya memerlukan makanan tambahan ..dan pilihan saya adalah supplemen Shaklee bukan sahaja asli tapi bagi saya,harganya tidak membebankan saya untuk mengkonsumenya dalam jangka masa panjang.....1 tablet Vit C nya bersamaan dgn 7biji oren... dan Vit E nya mengandungi 10 mcg selenium dari ekstrak semulajadi...

Secara ringkasnya formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit..

(Tahukah anda vitamin E Shaklee sahaja yang mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium)



*******************************************************************************


SITI ZUBAIDAH
019 985 9427

ID : 965319



Share This:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT