Social Icons

facebook email

Wednesday, 2 October 2013

Written on

SET ECZEMA YANG MENAKJUBKAN



Menakjubkan....syukur pada Mu


Anak-anak saya kena ekzema... pada jari @ tangan mereka. .kesian sangat...gatal ...pedih..ibu mana yang sanggup tengok anak kesakitan. ..sebelum ni hanya dengar je anak orang kena eczema... kali ni giliran sendiri pulak merasainya....kesian anak-anak solehah ni... kedua-duanya perempuan

Tidur malam pun terganggu...sebab gatal... cuaca panas berpeluh pun dah masalah buat mereka...apatah lagi makanan...banyak la kena berpantang...terutamanya food yang boleh menyebabkan gatal seperti ayam, telur dan lain-lain...

Sebelum ni bila kena je...jumpa doctor. ..dapatla krim sapu...ubat makan jugak....dan pernah jugak dapat antibiotics. ...ubat surut bengkak pun ada ..sebab pernah jari anak saya ni jadi bengkak-bengkak.....


 Tapi syukur semenjak saya mencuba HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE....masalah anak saya nampaknya dah ada jalan penyelesaiannya ....kulit jari dah jadi kering dan gatalnya pun dah semakin kurang, so tidur mereka pun dah semakin lena... kalau tidak mesti terjaga malam sebab gatal, yang kecik tu Badiha siap nangis la... ibu pun tak dapat la tidur jugak
 
Syukur la dapat cuba Herbal Blend ni cepat....  disamping itu saya jugak bagi mereka ni
 
omega + vitamin c + mealshake. ..
 

 
Memang mujarab...Alhamdulillah la saya dah jadi ahli...terus cuba untuk anak-anak saya nie....syukur pada MU YA RABB...yang bagus lagi KAMI terus jadikan SHAKLEE sebagai sumber untuk side income untuk keluarga kami....Bisnes online... lagi senang.... Anak sihat, Duit mashuk...Hati Senang...

 
 


Inilah Busyra (kakak) dan Badiha (Adik)



Jari jemari mereka dah semakin cantik... tinggal parut je sikit...Alhamdulillah

 
 
 
 
Inilah Set Eczema yang diambil oleh anak-anak saya...
 
 
OMEGA + VITAMIN C + MEALSHAKES + SAPU HERBAL BLEND
 
(B COMPLEX TU X TERMASUK YA- ITU UTK MAMA & ABI nya
 SHJ)
 
 
 
 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-
 
 

SITI
♥ Email : atiq.mamat@yahoo.com
♥ SMS/WhatsApp/Tel : 019-985 9427
♥ FB : https://www.facebook.com/szuas75
 
 
 
 
 
 
 
 



Read More

Saturday, 21 September 2013

Written on

BERITA PENTING!!!

Telah lama berkahwin namun tiada zuriat??
Anda kerugian besar jika tidak membacanya.... Apa yang hebat sangat??

**********************************************...
 Telah terbukti kehebatannya..........
 
Dapatkan ......Set kesuburan Shaklee



Untuk wanita mengandungi :
vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex,


 Untuk lelaki mengandungi :
Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex + CoQ Health
 
 


 


 VITA LEA : adalah Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekatan ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex : penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C : untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa : untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.


Zinc : berfungsi supaya sperma lebih kualiti iaitu membentuk kepala sperma lebih tajam supaya dapat melepasi dinding ovum. Vita e membantu menghasilkan dan menambahkan kuantiti sperma. Zinc & vit e perlu untuk pasangan yang susah mendapat zuriat.

Produk terbaru CoQ Health: boleh membantu kualiti dan kuantiti sperma dan juga kesihatan ovum

BAGAIMANA GLA & ZINC MEMBANTU ANDA UNTUK CEPAT HAMIL?
 


GLA Complex membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya ialah memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna seperti putih telur. Dalam sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair seperti itu, iaitu yang menunjukkan seorang wanita sedang berada dalam waktu subur. Namun, tidak semua orang mendapatkannya. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tidak bersama pada hari subur pun masih ada peluang untuk hamil sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Zinc membantu menghasilkan sperma berkualiti yang boleh bertahan hingga 3 hari di dalam tubuh wanita, dan ia juga membantu penghasilan sperma yang banyak dan sperma yang normal (tidak cacat). Sperma yang berkualiti adalah sperma yang seimbang antara kepala dan ekornya. Lagi banyak sperma berkualiti yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma.

 
 
Testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee (dengan izin-Nya) :

 
Puan Marimar Er telah berjaya hamil setelah 2 bulan konsisten dengan Set Kesuburan Shaklee.

“Hi Dearies,

Saja nak share testimoni kt sini… Saya berkahwin hampir setahun…. saya mula ambil produk shaklee untuk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex untuk period saya…. sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel… kadang2 atas urusan kerja… kadang2 jalan2 je… Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..
Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin… terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi… April lepas…saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex… untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki…
 

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat… tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2… saya rasa pelik.. pagi tadi… sebelum mandi… saya terdetik untuk cuba buat upt… memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu… saya biarkan je.. dan pergi mandi…. lepas dh siap mandi… saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sebab ‘positive’ saya terus kejutkn suami saya…die sangat teruja..tak tau nak cakap apa…sampai je di tempat kerja..saya recheck,but still same ‘positive’…. Then saya ke gyne doktor utk scan.. alhamdulillah… janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya…
Alhamdulillah sekali lagi…. saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri… kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya… lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha…”

(Kredit Pn Marimar Er)



Nak Berjaya mendapatkan zuriat sendiri dengan MUDAH,BErkesan Dan Mesra Bajet???
 
 
100% semulajadi....tiada bahan kimia....mesra alam

 
 
 
Dapatkan SEGERA !!!!
 


 Siti 
 019 985 9427
ID : 965 319
 
 
 



Read More

Thursday, 19 September 2013

Written on

SUNNAH dalam BERSAHABAT

 
 
 
SUNNAH dalam BERSAHABAT
 
 
Kita sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan NYA...Lumrah kehidupan juga
ada menyatakan bahawa tidak ada manusia yang lahir tersendiri, sebagai manusia
kita tidak akan mampu untuk hidup dengan sendirinya . Sifat saling perlu memerlukan
antara satu sama lain adalah menjadi keutamaan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini......
 
 
Firman Allah swt yang bermaksud :
 
 
Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya ALLAH
MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MEnGENAL"   (Surah Al hujurat :13)
 
 
 
Menurut Imam Al Ghazali (Kitab Hidayatul Salikin) :
 
"Jika seseorang itu ingin memilih seseorang yang lain untuk dijadikan
sahabatnya maka pilihlah dengan 5 syarat iaitu ":
 
1. Orang yang Berakal
2. Cantik Peribadi & Akhlaknya
3. Orang Yang Soleh
4. Tidak Berkawan Dengan Orang Yang  Terlalu Cintakan Dunia
5. Orang Yang Benar Percakapannya
 
 
 
 
Manakala Al Qamah pula berpesan kepada anaknya :
 
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
 
** Pilih sahabat yang suka melindungi sahabatnya
 
**Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik @ bantuan mu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu. dia juga suka melihat kebaikan yang ada pada dirimu
 
** Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik mu @ bantuan, ia suka menerimanya...keburukan dirimu ia menutupinya
 
** Pilih sahabat yang jukalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, dia yang mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
 
** Pilih sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan, dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan persoalan berat dia suka mengusahakanya dan dia suka mengalah jika berselisih dengannya
 
** Oleh itu dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik
 
 
Mari kita hayati pula macam mana Nabi Junjungan Kita bersahabat, untuk kita jadikan panduan..... 
 
 
CARA RASULULLAH SAW BERSAHABAT :
 
> Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
> Apabila berpisah dengan seseorang Baginda mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya
> Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
> Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
> Amalan ziarah menziarahi
> Memberi hadiah
> Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
 
 
 
Rasulullah S.A.W bersabda :
 
"Diumpamakan sahabat  yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak Wangi dan tukang besi. Penjual minyak Wangi tidak akan mensia-siakan kamu, sama ada kamu membeli minyak Wangi tersebut @ hanya mencium bau harumannya sahaja. Manakala tukang besi pula boleh memyebabkan rumah kamu @ baju kamu terbakar atau kamu mendapat bau busuk daripadanya" (Riwayat Al Bukhari dari Abu Musa Al Asy'ari)
 
 
 
SAHABAT ADALAH CERMINAN DIRI KITA
 
hARGailAH Sahabat kerana MEREKA Adalah CermiNAN Diri KIta..Tanpa MEREka, kita TIDak Akan TAhu BURuk & BaiK Diri SenDIRI 
 
 

 

 
 

*********************************************************
 
 
 
Kami BERSYUKUR kerana telah berada didalam group yang boleh dianggap sebagai sahabat... walau pada mulanya ia hanya sekadar kenalan biasa-biasa... tetapi setelah merasai sendiri kebaikan group kami ini.... memang luar biasa... saling ingat mengingati, diajar menciptakan hubungan yang erat dengan MAHA PENCIPTA, saling menghormati, bantu membantu...ni pun best, sebab dalam terdesak nak dapat sesuatu info... pasti ada antara ahli yang membantu.. on the spot pulak tu... kerja-kerja berbisnes pun lebih mudah... banyak lagi... tapi dah penat menulis...
 
Anda juga boleh merasainya seperti apa yang telah kami rasai....
 
 
KITA PERLU BERSIKAP PEKA DALAM MENCARI SAHABAT TANPA MENINGGALKAN NILAI-NILAI ISLAM...  
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami doakan mereka yang membaca perkongsian ini akan sihat sejahtera dan diberi kelapangan dalam hidupnya... insyaALLAH
 
** Jika anda rasaperkongsian ini menarik @ boleh digunapakai sebagai panduan... sila lah tekan LIKE.... TQ
 
 
 
 
Ingin bersama kami :
 
 
 
 
Hubungi/Whatsapp/SMS
 
 
019 985 9427
AtiqZue
 
 
 
 
 
Sumber : Saudara Amiro Safwan (Penyunting Al Quran Kump. Karangkraf)
 


Read More

Sunday, 8 September 2013

Written on

THE POWER OF "POSITIVE"

 
 
Tahu tak kita sebenarnya dikuasai oleh pemikiran kita sendiri ..... Apa yang kita fikir itu yang akan terjadi sebenarnya samada kita sedar @ tidak sedar....
 
 
Kalau kita fikir kita hidup bahagia... maka bahagia akan menjadi milik kita... sebab apa...??? sebab bila kita fikir bahagia, tindakan untuk mendapatkan kebahagiaan pasti kita cari walau sukar sekalipun... Betul tak?? Cuba kita singkap kembali kehidupan kita dulu-dulu.... zaman kanak-kanak, remaja...mesti semasa usia tersebut kita ada terfikir sesuatu yang mana hasilnya adalah apa yang kita perolehi sekarang...???? Fikir lagi....
 
 
Betul-betul-betul...seperti kata upin ipin....
 
Saya pun merasainya juga.... contohnya .....saya ada fikirkan @ impikan yang saya akan pergi mengerjakan umrah pada tahun 2012 (masa saya tetapkan impian tu pada tahun 2008.. masa tu sesi "bersembang" bersama rakan-rakan sepejabat).... tahu tak dengan izin ALLAH swt saya Berjaya menunaikan UMRAH pada Jun 2012.... Siapa sangka dengan meletakkan di kotak pemikiran bahawa saya NAK PERGI UMRAH 2012....AKHIRNYA saya dapat....syukur tak terhingga pada NYA kerana apa yang saya impikan menjadi kenyataan .....
 
Tapi kena ingat ya... bila kita fikir positif.... tindakan juga positif.... mesti ada usaha, doa dan tawakkal.....
 
Sama lah jugak kalau kita nak ubah kehidupan kita... kita ubah dari hidup susah kepada lebih senang @ kaya....kita nak anak-anak kita Berjaya ....kita nak kereta besar ..... kita nak rumah besar.... dan macam-macam lagi.....
 
 
So apa yang patut kita buat??
 
 
**** Pertamanya kita perlu tanamkan dalam pemikiran kita bahawa kita akan dapat apa yang kita nak jika memang itu yang kita NAK.... kena selari la antara kehendak & usaha....
 
 
Kita adalah apa yang kita fikirkan...
 
 
Riwayat al Bukhari :
 
 
" Aku bertindak sebagaimana sangkaan hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama  hamba Ku jika dia mengingati Ku"
 
 

Kan dah jelas Allah amat sayang akan hamba NYA... kita akan dapat atas apa jua sangkaan kita....
TAPI JANGAN sesekali kita BURUK SANGKA PADA MAHA PENCIPTA...Ya kerana DIA maha mengetahui diatas segala sesuatu... apa yang baik @ buruk hanya DIA yang mengetahuinya...
 
 
Dibawah ada saya sertakan bagaimana cara untuk positif ??? ...... Jom kita baca... Fahami .... TINDAKAN......
 
 
** Fast Action.........Fast Result
 
 
 
 



Semoga dengan sedikit coretan ini..ia akan dapat dimanafaatkan demi mendapat MARDOTILLAH .... Keredhaan ALLAH...


Sekiranya anda rasa...artikel ini bagus... boleh meningkatkan motivasi anda... sila tekan butang LIKE dibawah...

Saya doakan anda yang membaca artikel ini akan kaya Berjaya dunia akhirat....AMIN




 
***************
Ingin mencari kehidupan yang lebih baik?? Usaha Bersama kami :

AtiqZue 019 985 9427



## Sumber : Langkawi Story .....


Read More

Wednesday, 28 August 2013

Written on

VITAMIN UNTUK PEROKOK

Shaklee Untuk Perokok
 
 
Ada ahli keluarga kita yang menjadi perokok tegar??? Jika ada, tentu susah hati sebab banyak kesan akibat daripada merokok nie....
 
- Kesihatan perokok & orang sekeliling terjejas
- Kewangan turut tergugat... sanggup berhabis kerana rokok
- Dikaitkan dengan isu halal/ haram. .... dan pelbagai lagi....
 
Tahu tak sebenarnya orang / individu yang terdedah kepada asap rokok dikatakan lebih tinggi risikonya berbanding perokok itu sendiri!!!! Ia dikenali sebagai Perokok Sekunder...(Orang yang terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam tempoh 2 hari seminggu).
 

 Risiko kepada Perokok Sekunder :
 


 
Seorang perokok mempunyai kadar pengoksidaan dalaman dan radikal bebas yang sangat tinggi. Dikatakan lebih satu trilion radikal bebas terhasil dalam setiap sedutan. Banyaknya! Jadi, mereka memerlukan lebih antioksidan berbanding orang biasa.

Habis tu nak merokok lagi ke??? Alahai kesian la pada para perokok  ya, nak buat macam mana, bila dah hisap nak stop tu memang agak sukar.... tapi perlu berusaha jugak jika takut akan nikmat kesihatan tu ditarik ya....

Ni saya nak cadangkan pemakanan kesihatan yang boleh membantu para perokok semua .... Cuba Dulu Baru Tahu Kesannya...



Set 1:
Vitalea
B Complex
Vita C
Vita E
@
Set 2:
Ostematrix
Vita C
Omega
 
@
 
Set 3 :
Ostematrix
Vita C
Vita E
 
Atau kalau ada yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil, boleh ambil yang dalam bentuk cecair iaitu Vivix. Vivix ni memang antioksidan yang cukup hebat.
 
 
 
*** Apa-apa pun cuba amati gambar dibawah ya.... apa perasaan anda???    

*** Australia pun takut rakyatnya mati kerana rokok... kotak rokok baharu turut diperkenalkan......


*** Langkah TERBAIK ialah berhenti merokok.?????


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-
SITI
♥ Email : atiq.mamat@yahoo.com
♥ SMS/WhatsApp/Tel : 019-985 9427
♥ FB : https://www.facebook.com/szuas75
 
 



Read More

Tuesday, 27 August 2013

Written on

KEKUATAN ZIKIR


 Assalamualaikum.........
 
Eeeemmm .... malam ni sebelum masuk tidur ingin saya ceritakan sikit tentang Kekuatan Zikir.... Macam tazkirah la ..... pendek tapi penuh bermakna.........
 
ZIKIR .... Apa tu??? selalu dengarkan..tapi apa maksud sebenarnya....
 
 
Apa Pengertian zikir ??

- Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. 
 
- Dari segi istilah  zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.
- Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH .
 
 
 
JENIS-JENIS ZIKIR

 

 a. Zikir Qauli (disebut dengan lidah).
b. Zikir Fe’li (amalan lahir) d
c.Zikir Qalbi (iaitu zikir di hati).



 
Zikir Qauli...
Zikir qauli ialah apa yang disebut dengan lidah berulang-ulang kali seperti nama-nama Tuhan, istighfar, selawat, ayat-ayat Al Quran dan sebagainya. Zikir qauli ini bertujuan untuk membantu hati dalam mengingati ALLAH Zikir qauli yang tidak difahami dan tidak membawa apa-apa rasa di hati tidak ada makna apa-apa dan tidak ada pahalanya. Kecualilah kalau zikir itu ayat-ayat Quran dan selawat. Kalaupun tidak difahami dan tidak membawa rasa-rasa di hati, bacaan ayat-ayat Quran dan selawat tetap akan diberi pahala. Zikir-zikir yang lain, kalau tidak difahami dan kalau tidak membawa rasa-rasa di hati, bukan sahaja tidak dapat apa-apa pahala tetapi tidak juga dapat mendidik hati.
 Tapi harus diingat, nilai zikir qauli bukan terletak kepada jumlahnya tetapi kepada kefahaman dan kesannya kepada hati.

Zikir Fe’li...


Zikir fe’li pula ialah segala ibadah lahir sama ada yang sunat mahupun yang wajib atau fardhu. Ini termasuklah solat, puasa, zakat, haji, sedekah, menolong orang dan sebagainya.
Zikir fe’li ini juga kalau tidak memberi kesan kepada hati, tidak juga ada apa-apa makna. Kalau solat tidak menghidupkan rasa khusyuk iaitu rasa bertuhan dan rasa kehambaan, solat itu tidak ada apa-apa makna. Sampai bila pun kita tidak akan jadi baik. Ini kerana rasa bertuhan itu boleh menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan rasa kehambaan itu boleh membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita.

Zikir Qalbi...

Zikir qalbi atau zikir hati itu ialah segala ibadah rohaniah yang melibatkan akal dan hati. Ini termasuklah mendidik hati supaya mengenal Tuhan sehingga menjadi orang yang arifbillah (orang yang mengenal Allah dengan hatinya). Kemudian menjadi orang yang cinta kepada ALLAH. Orang yang kenal Allah itu pasti akan jatuh cinta pada-Nya kerana ALLAH itu Maha Baik dan Maha Sempurna sifat-Nya. Selepas itu menjadi orang yang takut kepada ALLAH iaitu takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya. Kemudian pula menjadi orang yang kuat rasa bertuhan. Rasa hebat, gerun, tawakal, bergantung harap kepada ALLAH. Merasakan ALLAH sentiasa melihat, mengetahui serta mengawasi.
Ibadah rohaniah juga termasuk mujahadah melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi), muhasabah diri, memperbaiki diri melalui takhalli (membuang sifat-sifat mazmumah dari hati) dan tahalli (menghiasi hati dengan segala sifat-sifat mahmudah). Juga melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH dalam semua ciptaan dan perbuatannya.



Yang penting dalam berzikir bukan sebanyak mana zikir yang boleh kita sebut atau sebanyak mana amalan atau ibadah lahir yang boleh kita lakukan tetapi adalah setakat mana hati, jiwa dan roh kita boleh terkesan dan terdidik. Itulah yang boleh membawa kita kepada taqwa.

 

Firman ALLAH SWT:
Maksudnya: “Di hari harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera.” (Asy Syuara: 88- 89)

Firman ALLAH SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang membersihkan hatinya (roh, jiwa, nafsunya) dan kecewalah sesiapa yang mengotori hatinya.” (Asy Syam: 9-10)

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bahawasanya Allah tidak memandang akan lahir (rupa dan harta) kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu"

 
Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif
 
 
Ada orang yang bertanya,''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.'' .... Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi masih ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini.

 
 Macam mana ada pencerahan tak???...... panjang lebar pengertian zikir.... next time kita tengok pulak apa keutamaan zikir....



***** Alhamdulillah dalam group kami, selalu diingatkan agar  sentiasa mengingati NYA...
- istighfar, selawat, Ya Wahhab dan banyak lagi....


**** Tenang hidup dengan mengingati ALLAH.. dimana jua....walaupun sibuk dengan kerja...


 

** Sumber rujukan :
 
a. http://www.siramanrohani.s5.com/zikir.htm
b. Us Hj Ashaari Muhamad

 
 


Read More

Thursday, 22 August 2013

Written on

Vitamin Shaklee Yang Menakjubkan....

Assalamualaikum....
 
Hari nie ingin saya kongsikan pengalaman/ testimony tentang vitamin Shaklee yang menakjubkan....
 
 
PART 1 :
 
Pengalaman Puan Siti Al'Izzah ...
 

Salam.....

saya nak berkongsi pengalaman..........

keluarga kami pengguna Shaklee sejak tahun 1997 lagi...makcik saya

yang makan Shaklee mula-mula, dan introduce kepada kami , sekarang beliau
dah berumur 51 tahun tapi bila di FB orang ingat beliau umur early 40s dan
beliau pengguna Set Bersalin Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee sejak tahun 1997
saya pula menggunakan Set Bersalin Shaklee sejak tahun 2007, Set Kehamilan Shaklee 
sejak tahun 2006 dan tak pernah guna sebarang jamu..... alhamdulillah.........
anak saya tak pernah sorang pun dapat kuning (anak saya 4 orang)
tak pernah kembung...... Alhamdulillah dapat menyusu penuh
(dah 6 tahun menyusu) ............................... bla bla.... terima kasih



 
 
 *****************************************************************
 
Apa kata anda??? Sebenarnya tidak ada masalah pun untuk wanita menyusukan anaknya.....yang penting kena ada ilmu... dengan ilmu & kebijaksanaan barulah Berjaya menghasilkan susu yang melimpah ruah.......... YANG UTAMA kesihatan turut terjaga...
 
 
 
Nanti dikesempatan lain akan saya kongsikan kesedihan/kepayahan yang terpaksa saya lalui kerana kurangnya iLMU.............
 
 
Vitamin Shaklee mempunyai banyak kelebihanya........Superb....
 
 
 Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Produk2 ini tidak mengandungi parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis atau perisa tiruan....
 
*************************************************************************
 
 


Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusukan bayi ialah:-


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (selepas bersalin)

8) Alfalfa Complex (selepas bersalin & semasa menyusu - as MILK Booster) 
  
 
Set lengkap untuk ibu bermula dari saat kehamilan, selepas bersalin dan semasa menyusu bayi

Sumber : MamaCergas.com



1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C
 Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.



3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.



4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



5) Ostematrix (Calcium and Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.



6) OmegaGuard (EPA and DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
 Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.



Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...




 
 
 
Sampai disini dulu ya.... semoga ia dapat dimanafaatkan bersama.........
 
 
 
 
***** Harus diingat, produk Shaklee bukan ubat. Ia bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.
 
 
 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi SITI untuk :
 
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
 
Siti Zubaidah
Shaklee ID : 965319
019-985 9427 (Call, SMS)





 
 
 
 


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT