Social Icons

facebook email

Tuesday, 23 June 2015

Written on

KULIT CANTIK.... SEGAR...

Vitamin untuk kulit cantik


Sebelum ini..ada pembaca yang memberi komen untuk mengetahui lebih dalam tentang Vitamin C dan kaitannya dengan kulit...

Jadi hari ini saya berminat ingin menulis bukan sekadar Vitamin C,tetapi vitamin2 yang berkaitan dalam penjagaan kulit...

Dan apabila menyentuh tentang penjagaan kesihatan kulit,saya pasti semua wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik....dan tidak semua dari kita dikurniakan kulit yang semulajadi cantik dan mulus.Maka yang demikian,penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur tidak boleh diabaikan. Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.Dan sudah semestinya kulit kita perlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.

Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya....*pengambilan soya protein yg konsisten-amalan bagus untuk awet muda* Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. Dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.
Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.Jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C,kita perlu makan banyak buah dan sayuran. Vitamin C bukan shaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? 

Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Vitamin C juga merupakan anti oksida penting untuk menangani radikal bebas.Sekarang ini,anti oksida dianggap penawar paling popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Tapi tahukah kita apakah anti oksida?.Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. .

Saya bukannya semulajadi memiliki kulit yang mulus,maka sudah tentu saya memerlukan makanan tambahan ..dan pilihan saya adalah supplemen Shaklee bukan sahaja asli tapi bagi saya,harganya tidak membebankan saya untuk mengkonsumenya dalam jangka masa panjang.....1 tablet Vit C nya bersamaan dgn 7biji oren... dan Vit E nya mengandungi 10 mcg selenium dari ekstrak semulajadi...

Secara ringkasnya formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit..

(Tahukah anda vitamin E Shaklee sahaja yang mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium)



*******************************************************************************


SITI ZUBAIDAH
019 985 9427

ID : 965319



Read More
Written on

HEBATNYA KALSUIM SHAKLEE

Kebaikan Calcium Shaklee


Sepintas lalu info tentang Osteomatrix (formula terbaru Kalsium Magnesium dari Shaklee):



“Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K. magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat.Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium"


Osteomatrix membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur calcium dariada bahan semulajadi dan mudah diserap
400 mg (100% DV) magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium

Itulah bezanya Osteomatrix Shaklee..ia bukan sekadar kalsium….....bukan sekadar membantu membina tulang dan gigi yang kuat..tapi nutrisi didalamnya juga membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal,membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom2 PMS.seperti kembung,kejang,mody,irritability… Istimewanya,ia juga mengandungi magnesium.Tahukah anda pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit...

Pendek kata,kalau anda ni golongan yang tak minum susu, mengandung atau sedang menyusu, atau selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum mahupun mereka yang sedang menjalani fisioterapi....cubalah Osteomatrix Shaklee ini…....InsyaAllah okay..semua dengan izin NYA yang pasti.

Saya menulis ni kerana merasa teruja dengan formula terbaru ini dan ingin berkongsi dengan semua..….tetapi ingatlah bahawa supplemen ini bukannya magik..kita bukannya bergantung sepenuhnya pada supplemen tapi perlu di ambil sebagai makanan tambahan dan perlu konsisten...selebihnya berdoa dan bertawakal... yang pasti saya tumpang gembira mlihat mereka mendapat kesan positif…




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


********************************************************************************************************



SITI ZUBAIDAH
019 985 9427

ID : 965319



Read More
Written on

ALLAH IS EVERYTHING

Golden Rules




.."Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.."....


....ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”.

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”.


“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!

”Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”... secebis nasihat dari seorang sahabat


************************************************************************************


Jadi perlukah saya stress?....Dan setelah membaca artikel ini membuatkan saya terfikir.......Kenapa perlu saya mengeluh?..Saya hanya perlu bertanya kepada diri sendiri.......kenapa saya kembali aktif bersama Shaklee?...apa niat saya?..ingin mengharapkan balasan duniawi?.ingin ramai pembeli?nak jadi jutawan?...Org mungkin bertanya kenapa saya perlu bersusah payah sedangkan saya sudah ada pekerjaan,saya sudah ada suami yang mampu menanggung saya...... tetapi "Nutritionist is my passion

kenapa saya ada blog...jadi hanya mereka yang mengenali saya faham tujuan dan niat saya..

I love to share and I love to write..dan saya rasa saya perlu berkongsi tentang supplemen yang berkualiti yang telah saya rasai dan lalui selama beberapa tahun ni..Apabila berkongsi dan menyebarkan sesuatu yang bagus ,ia seolah2 seperti membuat kebaikan kepada orang....bukan mengharap balasan serta merta.bukannya duit yang di kejar...tapi apabila mereka memberi feedback yang positif.apabila mereka juga gembira setelah mencubanya.....membuatkan saya juga excited dan merasai kepuasannya..itulah yang tak ternilai.....dan tiada niat pun untuk saya menipu atau berlakon semata2.. .... Jadi tiada istilah penat atau stress sepanjang berblog berkongsi tentang supplemen Shaklee ini.. kerana.. melihat mereka berpuas hati dengan apa yang di beli..membuatkan saya turut gembira..
dan artikel yang saya baca ini...membuat saya lebih yakin dan tenang dgn apa yang telah saya buat.....Jadi biarlah kebaikan dan keikhlasan ini dibalas oleh Allah sahaja.....Sebagaimana yang semua ketahui,hanya tiga amalan sahaja yang boleh dibawa ke alam barzakh... amal jariah,anak yg soleh,ilmu yang bermanfaat....... dan semoga apa sahaja ilmu yang saya kongsi di blog ini bermanfaat untuk semua......


Read More

Monday, 22 June 2015

Written on

PENTINGNYA KALSIUM

Fakta tentang kalsium



Sebelum saya share pengalaman saya dan sahabat saya dengan kalsium...mari kita baca dahulu sedikit fakta tentang kalsium.

  • Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat.

  • Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

  • Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

  • Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

  • Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.

  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang.

  • Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.

  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.

  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.

  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kedua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.



Okey ya kawan2... jgn ambil remeh keperluan kalsium oleh badan kita ya..Tak naklah nanti kita hanya tau kepentingannya apabila kita dah jatuh terduduk..Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 




Kelebihan Ostematrix 

** sumber: Shaklee website



OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Gejala kekurangan kalsium diantanya :



Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.


Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. 

Artikel tambahan: Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun.Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

_______________________________________________


Bila baca artikel ni.. rasa nak telan sebotol Ostematrix.. (aci tak?)...Usia saya masuk nak masuk 4 series  ... huhu.. . tapi ape2 pun better late than never ..kan kan... Sebelum ni takdelah hairan sgt bab2 tulang ni sebab bila rasa segar sihat.. mmg tak ingat ape.. (lupe diri kannn) .. tapi bila pinggang rasa sakit.. lenguh2.. rasa mcm nak patah.. hmm.. baru sedar dirii.. Apa yg saya baca salah satu cara utk mengekalkan tulang yg sihat adalah pengambilan nutrien yg seimbang.. salah satunya pengambilan kalsium dari sumber susu,etc...


Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix..


***************************************************************

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





SITI ZUBAIDAH
019 985 9427

ID : 965319



Read More
Written on

SAYA DAN SHAKLEE

Saya dan Shaklee




Supplements?Vitamins?Jamu?Makanan Tambahan?...Saya yakin dan pasti... majoriti orang di luar sana tak menafikan kepentingan pemakanan tambahan ni....sbb tu kat market sekrang brlambak dah macam2 brand....sampai tak tahu nak pilih mana satu..kan?..and I guess the easiest way is for them to go straight to farmasi...

As for me. ..I choose Shaklee.. Why Shaklee?....Shaklee bukanlah baru bagi saya...Let me tell u a story.... Cakap pasal topik ubat2..vitamin2 ni.. I will be the first to reject all kind of supplemen, vitamin ke..ubat2 ke..jamu2 ke... bab2 telan menelan ni ..mmg saya cerewet dan malas... hahha..As a working woman..saya mmg admit...mmg perlu dan wajib vitamin or this kind of supplement...yerlah..letih bekerja lagi..nak layan suami lagi..nak jaga anak  lagi........ and mmg puas hati2 sangat produk shaklee ni..So go back to original question... WHY I choose SHAKLEE...


1. Harga berpatutan untuk long term investment..(tak cekik darah mcm certain brand)
2. Natural (Gabungan Alam semulajadi dan Latest Science Technology)
3. Brand ni dah established lama kat market (Perintis dlm pemakanan tambahan sejak 1956)..... so takdela nak risau bab2 halal ke,tiruan ke,racun ke.....
4. Terbukti Berkesan melebihi 50 tahun...

Insyaallah..saya akan share dengan lebih detail dalam post yang akan datang....sharing is caring ..right..dan walau macam mana melimpah ruah pun brand yg ada di pasaran.. sy tetap akan jadi pengguna setia SHAKLEE..insyaAllah....


.....Now.... anak-anak dah membesar... dah sekolah pun.... For them, I gave  mealshake, omega, vitamin c ....and for me...omega,vitamin b complex, garlic, dan vivix.... almaklumlah umur dah nak masuk 4 series... kena la bersedia kan... usaha kan tangga kejayaan...


....sama-sama kita beringatlah..kesihatan itu penting...supplemen ini sekadar pemakanan tambahan...bak kata2 org putih ..prevention is better than cures... Renungrenungkan...






SITI ZUBAIDAH
019 985 9427
ID : 965319


Read More
Written on

BIJAK BERBELANJA... ANDA KAYA??

Bijak  Berbelanja anda kaya ???

Ya ke ... kalau pandai berbelanja kita jadi kaya??? Biar betul-betul....

Seperti kita sedia maklum harga minyak dah pun naik... barang juga "slow'-slow naik... Walaupun KPDNKK menyatakan tiada aduan kenaikan harga barang...tapi kita sebagai pengguna dah mula merasainya...

Kalau dulu dengan RM 50.00 macam-macam boleh beli.. sekarang tidak lagi, silap haribulan cukup-cukup untuk isi minyak je... betul tak??







Apa yang harus kita lakukan??? Ada statement jugak yang mengatakan tahun 2015 adalah tahun kegawatan ekonomi ... macam mana nie??? Apa nak buat??? Harga barang lagi akan naik...




Read More
Written on

KEBAIKAN VITAMIN E BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI




Kebaikan Vitamin E buat pasangan suami isteri

Assalamualaikum ..... apa khabar semua ???..... semoga kita sentiasa dalam RAHMATNYA....

Baru-baru ni ada  yang tanya ..............  kenapa vitamin E di panggil vitamin cinta... 
Ia soalan yang amat menarik.... terutamanya utk  individu yg nak berkahwin atau utk pasangan suami isteri.. 

Bagaimana vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?.. 

*********************************************************************************


Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.


Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. 


Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.








Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.


************************************************************************************************************

*Sumber: Mr Google 



Hmm.. Dan tahukah anda.. di samping berikan pada suami tersayang.. anda juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.


Tapi ada byk vitamin E di pasaran.. nak beli yg mana satu?
Ambillah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.


Apa lagi khasiat Vitamin E?

Jika anda konsisten dgn Vitamin E yg berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....Selain bagus untuk kulit ia membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekita aerola..

*********************************************************************************

Vitamin E berkualiti pilihan saya adalah Vitamin E dari jenama Shaklee. Kenapa?
Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli dan beserta unsur selenium*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


************************************************************************************************************


SITI ZUBAIDAH
019 985 9427
ID : 965319


Read More

Sunday, 5 January 2014

Written on

KHASIAT SEBIJI TELUR

Assalamualaikum... lama sangat tak online... sejak2 dilanda banjir , baru hari nie dapat menulis kembali..

TELUR???

Rasanya semua orang pernah makan telurkan... ada yang menyukainya... dan ada jugak yang takut nak makan telur ni.. betul kan??

Sebab ramai mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adalah benar fakta ni??

Hari ni ingin saya kongsikan tentang khasiat telur, yang saya ada terbaca di majalah tempatan.

TAHUKAH KITA DALAM SEBIJI TELUR MENGANDUNGI APA ??





0.7 mg zink
1.2 mg besi
5.5 mg magnesium
16 mg inositol
27 mg kalsium
76 mg pottasium
253 mg choline
100 mg fosforus
590 unit vitamin A

***  Sebiji telur terdiri daripada lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur & 60% albumin (mengikut berat telur tersebut)





*** Putih Telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak. Ia juga mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi kaya dengan sumber protein dan Vitamin A.

MANAKALA bahagian kuning telur pula ia merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau 8% daripada keperluan seharian.


*** Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza kecuali dari segi kandungan kolesterol telur itik yang lebih tinggi.




Telur puyuh.. pun dikatakan tinggi tahap kolesterolnya




*** Telur ayam kampung dikatakan boleh dijadikan penawar @ ubat tradisional dalam merawat pelbagai penyakit. Permintaannya juga sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan ayam tersebut yang asli dan organik iaitu bebas daripada bahan kimia jika dibandingkan dengan ayam bandar.





Saiz telur ayam kampung lebih kecil berbanding  telur ayam bandar...




Tapi ini yang paling sedap.. nasi panas2 dimakan bersama telur goreng dan kicap manis... wah lazatnya
Ramai yang menyukainyakan.....




Ini lagi satu yang sedap... telur masak separuh.. makan dengan kicap & lada sulah
Dulu2 masa kecik, sebelum ke sekolah wajib la makan sebiji seorang...


Tempek je kat muka.. kulit muka jadi licin.. gebu.. mulus lagi tu


HA aha ... cer baca apa kata pakar tentang telur nie .. kan dah cakap banyak khasiatnya telur nie..


Diantara khasiat TELUR :

1. Menghilangkan Jerawat
2. Menjaga Kesihatan mata
3. Lebih banyak mineral
4. Menjaga berat badan agar tetap sihat
5. Telur boleh menghilangkan kelumumur
6. Membantu kesihatan rambut dan kuku
7.Membantu dalam kehamilan


Banyak lagi khasiat telur ni, hanya kita je yang tak tahu... mungkin tak cari kot ilmu pasal telur ni...

Jom kita cuba amalkan pelbagai petua untuk kesihatan hanya dengan sebiji telur... mudah kan...

Selamat malam.. jumpa lagi...


****************************************************

Oh ya, jangan lupa bulan ni (Jan 2014).. promosi alfalfa (Large & Small) .. banyak manafaatnya.. berminat untuk menikmatinya, hubungi saya ya .. dengan harga yang cukup istimewa...









Ingin menjana pendapatan 4, 5 angka...??
Inginkan kesihatan yang lebih baik... 
Jom Bersama Saya Dan Team yang Hebat ... InsyaALLAH


Hubungi :
sms/call/whatsapp

<SITI ZUBAIDAH>
019 985 9427
ID : 965319




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ATIQZUE

Shaklee Independent Distributor

ID: 965319
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

CONTACT

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-9859427

PELAWAT